CARA cek BAKI Tune Talk KREDIT dan DATA

cek baki tune talk

Agak memeningkan jika anda beli simkad Tune Talk tapi penjual tidak tunjuk panduan cara guna Sim tersebut dengan betul terutama cara semak baki. Jangan risau, dalam posting ini, kami tunjukkan Cara Cek Baki Tune Talk secara detail dan mudah:


Check Baki Tune Talk

Kandungan -


Check Baki Guna USSD kod

Terutama pengguna yang guna handphone bukan jenis smartphone, boleh guna USSD kod untuk semak baki kredit atau baki data. Caranya ialah:

Semak baki kredit : Dail *133#

Semak baki Data : Dail *134# kemudian enter 1 @ ikut arahan yang dipaparkan.

p/s: Baki data plan akan keluar dalam unit Kbps. 1MB = 1000Kbps


Semak Baki Melalui SMS

Taip STATUS hantar ke 2222

contoh paparan akan dihantar :

"RM0.00 Dear Wan, Active plan(s): 

Hi35: Expiry 16th Aug 2023. Usage: Data:33.4 GB/35GB;All-net Calls:(Amt)1285.68/Unlimited;"

P/S: hanya boleh cek baki plan sahaja.


Check Baki Melalui Aplikasi Tune Talk

Paling mudah dan flexible. Download aplikasi TuneTalk di Playstore (android) atau App store (iphone). login ke app guna nombor phone kemudian anda boleh lihat segala baki kredit atau plan disana.

P/S: Melalui app, anda tidak boleh semak kadar penggunaan unlimited  fup. hanya boleh melalui USSD kod dan web sahaja. 


Semak Baki melalui website

Melalui website, anda juga boleh semak baki kredit, data plan (fup). caranya ialah, layari www.tunetalk.com , kemudian klik live chat. Customer service akan minta no. phone anda untuk disahkan. Selepas itu anda akan dapat lihat kadar penggunaan dan baki anda secara detail.


Semak melalui dealer @ Agent

Melalui agent Tune Talk yang sah, anda juga boleh minta mereka cek baki data plan anda. Agent hanya perlukan no. phone anda sahaja.

P/S: Melalui agent, anda hanya boleh semak Data Plan sahaja.

Nak semak data plan? klik sini whatsapp saya.

Kesimpulan cara terbaik untuk anda cek baki Tune Talk, saya rekemen guna aplikasi Tune Talk kerana ia mudah dan flexible.


Artikel Berkaitan: 
Soal & Jawab Tune Talk

2 Comments

Previous Post Next Post